simplebooklet thumbnail

BAHAN BBM

of 0
MINGGU 2
KONSEP KESANTUNAN
KESANTUNAN
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Masyarakat Malaysia memandang ketinggian budi
pekerti seseorang itu terserlah melalui keindahan bahasa
yang dituturkan dengan penuh kesantunan.
Wan Abdul Kadir (2000)- Nilai yang menjadi ukuran dan
pegangan tentang baik buruk atau cantik hodoh sesuatu
perlakuan berasaskan kelaziman dalam sesuatu
masyarakat.
KONSEP KESANTUNAN
KESANTUNAN : PANDANGAN TOKOH
Perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam
sesuatu interaksi (Lakoff, 1975:64)
Usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni
tanpa konflik (Fraser dan Nolan, 1981:96)
Perlakuan yang mewujudkan pengiktirafan diri
dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983:104)
Brown dan Levinson (1987) - kesantunan dianggap
sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman
Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar.
Ahmad Johari (1992) kesopanan dan kehalusan
dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi
sama ada melalui lisan atau tulisan
Abdullah Hassan timbang rasa yang kita berikan
kepada orang yang mendengar kita bercakap.
Asmah (2000) penggunaan bahasa sehari-hari yang
tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa
tersinggung daripada pihak pendengar.
Perlakuan yang diamalkan untuk membina
persefahaman (Bayraktaroglu,1997:5)
KESANTUNAN : PANDANGAN TOKOH
Al-Qahthani (2005) juga telah menyamakan makna
kearifan dan kesantunan pada takrif yang lebih mudah
difahami.
Kearifan dan kesantunan itu merupakan terjemahan
kata Bahasa Arab halim-halima-hilman yang
membawa maksud perlahan, tenang ketika sedang
emosi memuncak (marah) atau ketika berhadapan
dengan hal yang tidak menyenangkan dengan
mengarahkan kemampuan sikap pemaaf dan naluri
sihat untuk melawannya.
PENJAGAAN MUKA (MARUAH) SEBAGAI KESANTUNAN
Penutur perlu menjaga mimik muka sewaktu
bertutur demi menjaga perasaan orang yang
mendengar di samping memelihara maruah diri
sendiri
Muka dikaitkan dengan maruah diri kerana apa
yang tersirat di hati tersurat di wajah
Penggunaan simpulan bahasa berkaitan penjagaan
muka:
1. talam dua muka
2. muka tembok
3. tebal muka